1996 - Johan Seri Cemerlang

1996 - Johan Seri Cemerlang (Kokurikulum) Daerah

1997 - Johan Seri Cemerlang (Disiplin) Daerah

1997 - Johan Seri Cemerlang (Kokurikulum) Daerah

1997 - Naib Johan Seri Cemerlang (Kokurikulum Negeri)

1998 - Naib Johan Sekolah Harapan Negara (Luar Bandar) KEBANGSAAN

1999 - Sekolah 4.2 Bintang Negeri

2000 - Sekolah 4.6 Bintang Negeri

2000 - Pertandingan Akhir Eureka Sains di Melaka (KEBANGSAAN)

2001 - Calon Sekolah Kualiti Menteri Pendidikan (Luar Bandar) KEBANGSAAN

2001 - Pertandingan Akhir Eureka Sains di Johor (KEBANGSAAN)

2002 - Pertandingan Akhir Eureka Sains di Negeri Sembilan (KEBANGSAAN)

2003 - Sekolah Elit Negeri

2003 - Ikmal Hisyam Bin Abdul Rahim mewakili Malaysia Ke Kejohanan Saitama International Junior Football Japan (ANTARABANGSA)

2003 - Johan Kejohanan Taekwando Kebangsaan Bawah 12 Tahun - Izzat Syafik Bin Moktar (KEBANGSAAN)

2005 - Bilik Kaunseling Lima Bintang (Negeri)

2005 - Johan Perkhemahan Puteri Islam Peringkat Negeri

2005 - Mewakili Negeri dalam Pertandingan Lalu Lintas (KEBANGSAAN)

2005 - Tempat Ke-4 (Lelaki) dan Ke-5 (Perempuan) Kejohanan Sofbol (KEBANGSAAN)

2006 - Kejohanan Sofbol MSSM (KEBANGSAAN)

2006 - Kejohanan Catur MSSM (Negeri)

2006 - Pertandingan Robotik Zon Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak

2007 - Kejohanan Olahraga MSSM Kedah – Peserta terbaik Kejohanan - Sheikh Ibrahim Bin Sheikh Ibram Shah (NEGERI)

2007 - Emas Acara Lontar Peluru MSSM - Sheikh Ibrahim Bin Sheikh Ibram Shah (KEBANGSAAN)

2007 - Johan Pertandingan Robotik Zon Kedah dan Perlis

2007 - Kejohanan Sofbol MSSM (KEBANGSAAN) – Tempat Ke 4

2007 - Pertandingan Akhir Robotik di Terengganu (KEBANGSAAN)

2007 - Tempat ke-2 Pertandingan Eureka Karnival Sains dan Teknologi Terengganu (KEBANGSAAN)

2007 - Seorang murid – Mohd.Hadi Bin Khiruddin mewakili Malaysia Ke Majlis kanak-kanak Sedunia di Fokuaka Jepun (ANTARABANGSA)


Online

We have 11 guests online

HDMI Converter
free-web-page-counters.com

Pusat Pengajian Tinggi








 

Program Linus PDF Print E-mail

 

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) TAHUN 1

PENDAHULUAN


National Key Result Areas (NKRA’s) KPM menyasarkan :
•         Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3  tahun persekolahan
•         Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
•         Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
•         Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM).
•         Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3.
•         Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.

RASIONAL


Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 di bawah kendalian guru pemulihan PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi.Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1.Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

DEFINISI KONSEP

Definisi Numerasi


“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”

 

NUMERASI

TAHUN 1

TAHUN 2

TAHUN 3

Nombor Bulat

Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 50

Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 100

Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000

Operasi Asas

Menyatakan
fakta asas tambah dan tolak

Menyatakan
fakta asas tambah dan tolak. Darab (2, 5 dan 10) dan bahagi (2, 5 dan 10)

Menyatakan
fakta asas tambah dan tolak. Darab (3,4,6,7, 8 dan 9) dan bahagi (3,4,6,7, 8 dan
9)

 

Definisi Literasi


“kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian”

 

LITERASI

TAHAP 1


Membaca dan menulis


Menguasai dan memahami minimum
1000 patah perkataan mudah


Membaca, menullis dan memahami
ayat tunggal


Membaca, menullis dan memahami
ayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata hubung ‘dan’)


Membaca, menullis dan memahami
ayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata hubung ‘dan’) dalam perenggan

 

MATLAMAT

“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”


OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI


Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’


OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI


Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :

i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter.


KUMPULAN SASAR


Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan


STRATEGI PELAKSANAAN

Status


Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Jadual Waktu


Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada
Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat program ini.

Penentuan Murid


Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk dinilai tahap penguasaannya.Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan dikategorikan kepada empat kelompok utama :
— Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas membaca
— Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas menulis
— Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas mengira
— Mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid bermasalah (perlu pengesahan Kementerian Kesihatan)
— Murid mendapat markah 0-9 dan tidak menjalani pemeriksaan doktor boleh dimasukkan dalam program ini tetapi tidak
dimasukkan dalam kiraan data.
— Murid yang masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi ini akan diasingkan daripada murid arus perdana
dan diajar secara intensif oleh guru-guru yang telah dipilih
— Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam bulan Julai manakala Ujian LINUS Saringan 3 akan diadakan pada bulan Oktober

Guru


Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah guru-murid mestilah kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid)


Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan Matematik) yang akan melaksanakan program ini perlu diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani masalah ini.

Kemudahan


Pihak sekolah memberi guru pendamping bagi memudahkan bimbingan individu
Komputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam P&P

Penyeliaan dan Pemantauan


Penyeliaan dan pencerapan akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih melibatkan pegawai Bahagian KPM, pegawai JPN dan pegawai PPD
GB dan GPK1 perlu menyelia kelas literasi dan numerasi ini
Sistem pelaporan bagi memantau rekod pencapaian murid akan dibangunkan
Pelaporan dibuat setiap 3 bulan

KANDUNGAN PROGRAM

— Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan P&P bagi murid yang mengikuti program ini
— Skop Modul Literasi
— Bermula dengan pengenalan abjad, suku kata sehinggalah ayat majmuk yang mudah
— Skop Modul Numerasi
— Merangkumi aspek nombor dari sifar hingga 1000, yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi di samping
mengaplikasikannyadalam pengiraan wang sehingga RM100

Bahan dan Instrumen LINUS

— Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid
— Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan berkesan

— Instrumen penilaian akan dibina dan diguna pakai untuk pentaksiran formatif dan sumatif

PELAPORAN


Pengumpulan data ujian akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti


PENUTUP

— Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal persekolahan.
— Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan sasaran NKRA.

 
Copyright © 2014 Sekolah Kebangsaan Jitra. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.

 

 

 

<